Pakar kimia dihantar ke Turki siasat dakwaan serangan sarin di Syria

AMSTERDAM, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Sekumpulan pakar dan pemerhati senjata kimia antarabangsa dihantar ke Turki untuk mengumpul sampel sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap serangan gas toksik di Syria sehingga menyebabkan 87 orang maut, minggu lalu.

Misi pencarian fakta itu dihantar oleh Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague untuk mengumpul sampel bio-metrik dan menemubual mangsa terselamat dalam serangan berkenaan.

Misi OPCW akan menentukan jenis senjata kimia yang digunakan oleh rejim Bashar dalam serangan itu.

Perkara itu dijangka dikenalpasti dalam tempoh tiga hingga empat minggu, sebelum diserahkan kepada bahagian siasatan PBB-OPCW, yang bertanggungjawab mengenalpasti individu atau institusi menggunakan senjata kimia itu.

Setakat ini, penyiasat menyimpulkan bahawa gas sarin, klorin dan sulfur mustard telah digunakan dalam konflik perang saudara di Syria.

Difahamkan, rejim Bashar menggunakan klorin, manakalan militan IS adalah gas sulfur mustard.- Agensi

The post Pakar kimia dihantar ke Turki siasat dakwaan serangan sarin di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?