PAS tak jalin kerjasama kerana BERSATU tak stabil

HULU SELANGOR, 28 Rejab 1438H, Selasa – PAS tidak menjalinkan sebarang kerjasama de¬ngan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini PAS hanya mempunyai tahaluf siyasi bersama PKR manakala hubungan PAS bersama DAP dan PAN telah terputus sama sekali.

“Kita hanya ada jawatankuasa perunding dengan PPBM namun tiada sebarang kerjasama dimeterai sebab nampaknya PPBM tidak stabil.

“Kita kalau nak ikat tali kena stabil dulu, kalau asyik bergerak nak ikat macam mana talinya,” katanya ketika berucap pada Ijtimak Pas Selangor di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu di sini, semalam.

Mengulas lanjut,Tuan Ibrahim berkata, tidak ada sebarang usul daripada para perwakilan yang menyentuh mengenai kerjasama dengan PPBM itu dibentangkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-63 yang akan berlangsung di Alor Setar hujung bulan ini.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP agar tidak menceroboh mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kerusi Parlimen yang dimiliki oleh PAS pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita beritahu, jangan ganggu kerusi PAS bila ada kerusi kita yang diganggu maka PAS akan bebas untuk bertanding di mana-mana sahaja. Ini termasuklah kerusi yang dimiliki oleh DAP, PKR atau PAN.

“Malah Ijtimak PAS Selangor yang diadakan hari ini di kerusi DUN Kota Kubu Bharu yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum ini juga satu isyarat bahawa kita tidak gentar bertanding dengan siapa-siapa pun,” katanya.

The post PAS tak jalin kerjasama kerana BERSATU tak stabil appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian