Pejabat Mufti WP akan bimbing ‘Raja Bomoh’

KUALA LUMPUR, 28 Rejab 1438H, Selasa – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri menyatakan rasa syukur dan mengaku-alukan taubat nasuha dilafazkan ‘Raja Bomoh’ atau Ibrahim Mat Zain, berhubung perbuatannya selama ini yang menghina Islam dan menyebabkan Islam dihina.

Bercakap pada sidang media pengakuan taubat Ibrahim hari ini, beliau memberi jaminan akan mengambil inisiatif sebagaimana diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membimbing ‘Raja Bomoh’ itu mengenali Islam yang sebenarnya.

Mengenai ritual yang dilakukan itu, beliau berkata, dakwaan berkenaan boleh membawa unsur-unsur syirik, kurafat dan bidaah yang tidak ada kena mengena dengan Islam.

Beliau memetik hadis Rasulullah SAW mengenai siapa yang mengada-adakan dalam urusan Islam yang tidak ada kena mengena dengan agama Islam, maka ianya ditolak.

“Berdasarkan kepada hal ini, kami berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memperbetulkan sebuah kefahaman, begitu juga cara pemikiran agar ianya selari dengan kehendak Islam, iktikad, akidah, kefahaman dan pegangan supaya benar-benar mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Gembira dengan pengakuan Ibrahim, Dr Zulkifli mengingatkan bahawa taubat hendaklah disusuli dengan meninggalkan terus perbuatan itu, tidak bercita-cita untuk melakukannya lagi, beristifar serta bertaubat kepada Allah.

“Inilah yang kita mahu.. kita kembali kepada kebenaran, sekalipun kita berasa kebatilan itu enak, lumayan, tetapi sifat sebagai orang Islam sebagaimana kata Syaidina Omar Al-Khattab iaitu kembali kepada kebenaran jauh lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan,” katanya.

The post Pejabat Mufti WP akan bimbing ‘Raja Bomoh’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian