Pelajar tahfiz dirotan meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1438H, Rabu – Pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11, yang didakwa dipukul pembantu warden meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru kira kira jam 2.05 petang tadi,

Perkara tersebut disahkan oleh ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad namun punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Mohamad Thaqif meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini.

Pembedahan berkenaan tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Mohamad Thaqif didakwa telah dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong itu kini masih dalam pemantauan doktor.

Terdahulu, reman terhadap pembantu warden asrama madrasah tahfiz yang didakwa memukul seorang pelajar dilanjut tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, reman ke atas individu berumur 29 tahun itu yang berakhir Rabu akan disambung hingga Sabtu ini.

Dia ditahan Sabtu lepas untuk membantu siasatan kes seorang pelajar madrasah itu yang didakwa dipukul sehingga kedua belah kakinya terpaksa dipotong.

The post Pelajar tahfiz dirotan meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian