Pemuda Isma ucap tahniah atas kejayaan Azizulhasni

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang berjaya merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, semalam.

Ketua Pemuda Isma, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, pencapaian yang dirangkul oleh ‘The Pocket Rocketman’ itu sangat menbanggakan negara selaku juara dunia, sekaligus mengakhiri penantian emas pertama Malaysia dalam acara tersebut.

“Semoga kejayaan beliau menjadi motivasi dan daya tolak bagi semua anak muda negara untuk melonjakkan potensi diri dan berusaha menjadi yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburi,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Semalam, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya mengukir sejarah baru buat negara selepas berjaya menewaskan lima pelumba lain dalam aksi sengit sebelum mencecah garisan penamat merangkul pingat emas buat Malaysia.

Untuk rekod, Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali — di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.

Beliau juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016.

The post Pemuda Isma ucap tahniah atas kejayaan Azizulhasni appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian