Pemuda PAS terima usul cerai PKR dengan talak tiga

Kisah Perang Ahzab justifikasikan tindakan PKR mengkhianati PAS

Oleh Razali bin Zakaria

KOTA SARANG SEMUT, 1 Syaaban 1438H, Jumaat – Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara bersetuju dengan usul supaya hubungan tahaluf siyasi parti itu dan PKR hendaklah diputuskan iaitu cerai talak tiga.

Usul itu dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Terengganu dan disyarahkan oleh perwakilannya Abdul Rahman Che Mat.

Dalam ucapannya beliau mencadangkan supaya hubungan antara PAS dan PKR diputuskan, yang mana sekarang ini kedua-dua parti masih mempunyai hubungan dari sudut tahaluf siyasi.

“Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah mereka lakukan yang membolehkan dari segi syarah mengikut pandangan kami diputuskan hubungan antara PAS dan PKR dan degan ini mungkin saya syarah sikit daripada apa yang disebut perwakilan Selangor, Ustaz Shukri Omar mengatakan mengenai peristiwa ahzab.

“Sebelum itu kita sedia tahu apa yang sedang berlaku dalam situasi politik antara PAS dan pakatan harapan. Berlaku pelbagai jenis serangan, tohmahan kepada batang tubuh presiden dan PASsendiri,” katanya.

Beliau berkata, sebelum itu, PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan mereka dengan mengenakan pelbagai jenis syarat yang ditetapkan.

“Dan, berdasarkan kepada syarat yang telah mereka langgar, kami mencadangkan agar mereka memutuskan hubungan dengan kami dan kita putuskan hubungan dengan mereka. Cerai talak tiga,” katanya.

Mengimbas Peperangan Ahzab, beliau berkata, orang kafir tidak dapat masuk untuk menyerang Madinah, tetapi akhirnya mereka menggunakan ‘orang dalam’ iaitu Bani Quraidzah yang mengadakan perjanjian dengan Nabi Muhammad SAW untuk mempertahankan Madinah daripada serangan luar bersama umat Islam.

Abdul Rahman berkata, Nabi diserang dari dalam dan luar oleh golongan munafikin, musyrikin dan pada masa sama Nabi Muhammad SAW dikhianati oleh golongan Bani Quraidzah dan apabila baginda mengetahui bahawa utusan daripada golongan Ahzab menuju kepada Bani Quraidzah dan mereka bersetuju untuk mengkhianati baginda, Nabi menghantar Saad bin Muaz untuk menyiasat.

Katanya, apabila pasti berita tentang penyelewengan yang dibawa oleh Bani Quraidzah, Nabi Muhammad SAW terus mengutuskan tentera dari kalangan umat Islam setelah selesai Peperangan Ahzab untuk memerangi mereka, kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka amat berat dalam Islam.

“Tetapi mungkin kita tidak klasifikasikan apa yang dilakukan oleh PKR setaraf dengan apa yang dilakukan oleh Bani Quraidzah. Nabi Muhammad menghapuskan mereka, diserang mereka. Kita mungkin tidak sedemikian. Cuma paling ringan yang kita lakukan apabila mereka menyerang PAS, kita memutuskan hubungan dengan mereka.

“Bahkan serangan yang mereka lakukan amat dahsyat, membuka ruang bagi musuh Islam yang lain untuk menyerang PAS. Gabungan jenis apakah lagi yang kita mahu lakukan dengan mereka. Walaupun begitu kita tidak nafikan bahawa dalam keadaan politik semasa kita berhadapan dengan musuh dari segenap penjuru.

“Kita mempunyai UMNO, kita mempunyai Barisan Nasional bersama dengan barisan harapan yang ada sekarang. Kita mempunyai gabungan musuh-musuh Islam yang menyerang kita depan dan belakang,” katanya.

The post Pemuda PAS terima usul cerai PKR dengan talak tiga appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?