Pengarah kanan Yapeim ditahan reman
PUTRAJAYA, 29 Rejab 1438H, Rabu – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab Rahman itu adalah bagi membantu siasatan kes pecah amanah.
Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM jam 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Individu yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9 pagi hari ini.
Majistert Nik Isfahanie enetapkan tahanan reman selama lima hari bermula hari ini kepada itu.
The post Pengarah kanan Yapeim ditahan reman appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan