Penyokong PAS himpun bantah kartun hina Hadi Awang, Pandikar

PETALING JAYA, 14 Rejab 1438H, Selasa – Lebih 300 penyokong PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar pejabat Nanyang Siang Pau hari ini sebagai membantah tindakan akhbar berkenaan menyiarkan karikatur menghina Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Malah, peserta himpunan itu turut menuntut permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh akhbar berkenaan selain mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas berhubung penghinaan yang mengganggu keharmonian agama Islam.

Meskipun permohonan maaf akhbar itu telah dibuat semalam, namun Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menuntut satu permohonan maaf secara peribadi dibuat kepada Hadi Awang dan Pandikar.

“Kami juga memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesilapan menyentuh sensitiviti umat Islam. Kami boleh memaafkan tetapi tidak melupakan,” katanya.

Susulan himpunan itu, satu memorandum diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim kepada ketua pengarang akhbar berkenaan, kira-kira jam 11.30 pagi.

Menerusi muka surat B2 akbar itu menyiarkan karikatur bertajuk “Akta Monyet”, yang menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

Bagaimanapun, selepas menyedari karikatur itu menjadi viral di media massa hingga kemarahan umat Islam, akhbar berkenaan memohon maaf kepada Hadi Awang dan Pandikar Amin serta menarik balik kartun itu dari eNanyang.my.

“Merujuk kepada kartun siaran Nanyang Siang Pau di muka surat B2 yang bertarikh 8 April 2017, Nanyang Siang Pau ingin meminta maaf kepada YB Tan Sri Datuk Panglima Pandikar Main Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun itu,” tulis akhbar itu.

The post Penyokong PAS himpun bantah kartun hina Hadi Awang, Pandikar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian