Perkasa gesa Hindraf tarik balik saman halau Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR, 19 Rejab 1438H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menggesa pertubuhan Hindraf menarik balik segala tindakan saman terhadap kerajaan, bagi menghalau pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali juga mengingatkan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy seorang daripada 19 individu yang mengemukakan saman itu – bahawa protes terhadap Dr Zakir Naik di Malaysia tidak dialu-alukan kerana majoriti rakyat negara ini adalah orang Islam.

Beliau berkata, tindakan segelintir penganut Hindu hadir pada ceramah Dr Zakir adalah atas sifat individu dan kerelaan mereka sendiri.

“Kenapa ribuan orang berkumpul di Batu Caves pada hari Thaipusam? Majoriti mereka termasuk sesetengah Guru Hindu dari India datang ke Batu Caves untuk tujuan keagamaan.

“Ada juga orang Islam, termasuk perdana menteri datang ke Batu Caves pada Thaipusam atas dasar muhibah, perpaduan kaum dan toleransi agama.

“Saya harap Hindraf dapat memadamkan persepsi negatif terhadap syarahan Dr Zakir tentang Islam, serta (harap pengerusi Hindraf) P Waythamoorthy dan 18 yang lain dapat menarik balik kes mereka terhadap Zakir yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya berucap merasmikan Ijtimak 150 Cendekiawan Islam bersama Dr Zakir Naik di ibu negaran hari ini.

Ibrahim berkata, sekiranya ada penganut agama lain yang mengikuti ceramah Dr Zakir Naik dan kemudian memeluk Islam, maka penganjur tidak boleh disalahkan

Selain itu, beliau juga mengingatkan Hindraf dan beberapa pertubuhan Hindu supaya tidak menyerang, menyalahkan atau membenci Islam.

Pada majlis berkenaan Dr Zakir Naik dianugerahkan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara, sebagai menghargai perjuangan dan sumbangan beliau terhadap Islam.

The post Perkasa gesa Hindraf tarik balik saman halau Dr Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian