Perkasa label Azmi Sharom sebagai ‘haramjadah’

BANGI, 22 Rejab 1438H, Rabu – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan kritikan aktivis liberal, Azmi Sharom terhadap beberapa tokoh dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Isma baru-baru ini, sebagai biadap dan kurang ajar.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, tiada respon yang baik layak diberikan kepada kritikan Azmi itu melainkan melabelnya sebagai ‘haramjadah’.

“Saya memberi respons kepada kebiadapan Azmi Sharom dalam kenyataannya yang bersifat mengecam itu, bahawa dia memang berhak menjadi haramjadah. Itu sahaja.

“Cukup untuk saya mengatakan, dia (Azmi Sharom) berhak hendak kata apa sahaja dia mahu, kerana dia ada hak menjadi haramjadah,” katanya memetik laporan sebuah portal, hari ini.

Syed Hassan berkata, beliau tidak akan menghabiskan masanya berhujah dengan ‘haramjadah’, yang dianggap sekadar mahu meraih populariti media semata-mata.

Jelas beliau, ia bukan sukar untuk mana-mana pihak mendapat perhatian media dan sokongan puak liberal, yang hanya menyasarkan serangan dan memperlekehkan Perkasa dan Isma.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Cawangan Isma Gombak, Muhammad Farid Hussin menggesa supaya pertubuhan Islam dan Melayu sederhana itu, tidak perlu mengendahkan ‘salakan’ bersifat menghina Azmi.

Muhammad Farid berkata, salakan Azmi serta puak yang menganut fahaman liberal sekular yang jelas terseleweng daripada Islam tidak merendahkan darjat dan kehormatan gerakan Islam seperti Isma.

Sebelum ini Azmi berkata demikian pada satu program sambutan Perlembagaan Persekutuan ke 60, ‘Constitutional Day 2017’ yang bertajuk “Are Your Rights, All Right?”.

“Saya tidak suka apa yang Ibrahim Ali atau Perkasa atau Isma cakapkan. Saya dapati ianya moronic, divisive and racist tetapi hakikatnya saya tidak berhak untuk melarang mereka daripada memperkatakan semua itu. It is their right to be a moron,” kata Azmi.

The post Perkasa label Azmi Sharom sebagai ‘haramjadah’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian