Perkasa mohon jadi ‘rakan mahkamah’ saman Akta 355

KUALA LUMPUR, 22 Rejab 1438H, Rabu – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memohon untuk menjadi ‘curiae amicus’ atau ‘rakan mahkamah’ terhadap saman yang difailkan Mohamed Tawfik Ismail berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Peguam Perkasa, Nizam Bashir berkata, ia bagi membolehkan NGO itu membantu dalam kes itu tanpa menjadi satu pihak dalam saman tersebut.

“Kami hanya mahu hadir untuk memaklumkan kepada mahkamah sebagai pihak neutral kepada apa yang kami percaya adalah undang-undang yang berkaitan pada perlembagaan berkenaan dengan pindaan yang dicadangkan,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, mereka mahu membawa isu sama ada keizinan atau perundingan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum cadangan pindaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hakim Hanipah Farikullah menetapkan tarikh perbicaraan bagi permohonan Perkasa pada 23 Mei.

Terdahulu, Tawfik meminta satu pengiystiharan bahawa pindaan yang dicadangkan itu tidak mengikut perlembagaan.

Tawfik memfailkan saman itu pada 31 Mac bagi menghalang Dewan Rakyat daripada membenarkan usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Akta 355, atau mana-mana usul dengan ciri yang sama, untuk dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

Hadi membentangkan usul itu pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat yang lalu, tetapi speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menunda perbahasan pada sidang akan datang, yang bermula pada 24 Julai.

The post Perkasa mohon jadi ‘rakan mahkamah’ saman Akta 355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?