Perlu ambil tahu, sedia selesai isu ancaman terhadap Islam: Ketua Pemuda Isma

MELBOURNE, 21 Rejab 1438H, Selasa – Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa pelajar luar negara supaya lebih cakna dan bersedia untuk menyelesaikan pelbagai isu ancaman yang melanda Islam.

Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, mereka perlu memanfaatkan kelebihan pemikiran dan kebijaksanaan yang dimiliki untuk mempelajari kemahiran baru bagi membina diri serta menyumbang kepada pembangunan agama.

“Pelbagai ancaman yang melanda status quo Islam di tanahair seperti isu kristianisasi, syiah, liberalisme, muslim moderate, humanisme dan budaya hodenisme tidak sepatutnya dilihat jauh dan terasing dari realiti hidup para pelajar di luar negara.

“Mereka akan terpaksa berhadapan dengan permasalahan ini dalam masyarakat di kawasan masing-masing juga akhirnya apabila pulang untuk bekerja setelah menamatkan pelajaran di luar negara,” katanya.

Bahkan kata beliau, pelajar yang menuntut di luar negara memiliki kelebihan kerana tinggal dalam sistem barat yang terbukti rosak dan semakin hancur ekoran elemen ancaman itu.

“Keadaan ini sepatutnya menguatkan lagi tekad dan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Islam dan umat Islam dari ancaman yang serupa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Youth of Ummah (YOU) Camp, anjuran Isma Australia yang diadakan pada 15 hingga 17 April lalu di Iluka Camp, Melbourne.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Pusat Pemuda Isma, Ustaz Ahmad Adnin Roslan, dan disertai oleh 150 orang peserta.

The post Perlu ambil tahu, sedia selesai isu ancaman terhadap Islam: Ketua Pemuda Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian