PGSM desak Rafizi mohon maaf, tarik balik kenyataan 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa rekod hakim syariah terbabit rasuah lebih tinggi daripada hakim mahkamah sivil adalah tidak berasas dan suatu tuduhan yang serius.

Menegaskan perkara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, tuduhan Rafizi telah menjatuhkan martabat Mahkamah Syariah dan menjatuhkan maruah sahabat-sahabat hakim-hakim Syariah.

Buktinya, semenjak Mahkamah Syariah ditubuhkan, hanya satu kes sahaja seorang Hakim Syarie yang disabitkan dengan kesalahan rasuah, dan itu pun bukan melibatkan jumlah wang yang banyak.

“PGSM percaya bahawa Hakim-Hakim Mahkamah Syariah berpegang kepada nas-nas Syariah dalam menjalankan tugas mereka, takwa serta percaya kepada balasan akhirat  (syurga dan neraka) mengatasi imbuhan dunia yang sedikit.

“Dan kami sebagai Peguam Syarie juga adalah sebagai sahabat mahkamah yang sentiasa menjadi  pemberi ingatan dan nasihat kepada Hakim-hakim Syarie untuk menjauhi perkara-perkara seperti yang didakwa Rafizi,” katanya.

Baru-baru iniketika menghadiri program anjuran pembangkang, Rafizi membangkitkan mengenai Rang Undang-Undang persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau membangkitkan mengenai isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang tidak menyentuh mengenai kenaikan gaji hakim mahkamah Syariah.

Kata Rafizi, perkara itu boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.

Tegas Musa, dalam isu ini Rafizi perlu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mengatakan risiko hakim mahkamah Syariah terlibat rasuah.

Jika tidak katanya, Rafizi perlu mengemukakan rekod dan statistik untuk membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang telus, bercakap benar dan tidak berbohong.

“Dalam masa sama, PGSM mahu Rafizi menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan memohon maaf secara terbuka kepada semua hakim Syariah dan umat Islam,” katanya.

The post PGSM desak Rafizi mohon maaf, tarik balik kenyataan  appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?