Piala Presiden Isma 2017: Terengganu tonjol pemain jati negeri

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 26 Rejab 1438H, Ahad – Pasukan Terengganu tidak akan mengimport mana-mana pemain luar sebaliknya komited untuk menonjolkan anak jati negeri itu pada kejohanan Piala Presiden Isma 2017, Ogos ini.

Pengurus pasukan Isma Kuala Terengganu, Hazwan Yusof berkata, satu perlawanan peringkat negeri itu akan diadakan pada 5 Mei depan di antara tiga cawangan berkenaan, bagi memilih pasukan yang layak mewakili Terengganu ke piala presiden tahun ini.

“Insya-Allah sasaran kami pada tahun ini, layak ke akhir dan menjuarai kejohanan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Mengulas berhubung perancangan pasukan, beliau berkata setakat ini skuad itu masih mengekalkan jurulatih terdahulu, Dzul Ezzri bagi mengemudi pasukan berkenaan.

“Kita akan mengamalkan taktikal bola sepak yang lebih moden dengan mengutamakan corak permainan ‘High Pressing’ di bahagian serangan dan displin yang tinggi ketika bertahan.

“Tahun lepas, terdapat beberapa pemain utama mengalami kecederaan pada perlawanan peringkat kumpulan menyebabkan prestasi pasukan pada pusingan kalah mati merosot dengan ketara,” katanya.

Pada kejohanan tahun lalu, Terengganu diwakili oleh pasukan Isma Kemaman FC selepas memenangi Perlawanan Kelayakan Peringkat Negeri itu.

Pasukan itu berjaya menempah tiket peringkat suku akhir sekaligus berada di kedudukan lima tangga teratas bersama-sama dengan Isma Selangor FC, Al-Faruq FC, Isma Johor FC dan Isma Pahang FC.

The post Piala Presiden Isma 2017: Terengganu tonjol pemain jati negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?