Polis buru tujuh individu hina kerabat Johor

Sumber foto: NSTP/Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU, 16 Rejab 1438H, Khamis – Polis sedang mengesan tujuh orang bagi membantu menyelesaikan kes berkaitan penghinaan terhadap kerabat diraja Johor menerusi media sosial yang disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka ialah Norezan Md. Don, 39, yang beralamat di No 144, Felda Tenggaroh 6, Mersing; Zamri Zainol Abidin, 44 (Executive Suites 848 – 850, Block A, Centre Point, Petaling Jaya); Hussein Abd. Hamid, 69,(Zeta Hogg Robinsons Insurance Brokers,Tingkat 2 Bangunan Sateras, Kuala Lumpur) dan Mohd. Shafiq Abdullah, 46, (No 1177, Blok 1, Tingkat 17, Taman Sri Murni, Batu Caves).

Turut dicari Nur Hadi Mohamad, 26,(No 21, Jalan Desa 1/5, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor); Aizul M. Remli, 22, (RPT Chuchoh Puteri A, Kuala Krai, Kelantan) dan Azani Nur Shaufik Abdul Rani, 26, (1941, MK 9, Tanah Liat,Bukit Mertajam, Pulau Pinang).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketujuh-tujuh individu berkenaan boleh menghubungi Asisten Superintenden Juhana Airin Jumaat menerusi talian 07-224656 atau mana-mana balai berdekatan.

The post Polis buru tujuh individu hina kerabat Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian