Polis klasifikasi semula kes pelajar tahfiz sebagai bunuh

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1438H, Rabu – Selepas kematian pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi petang tadi, pihak polis mengklasfikasikan semula siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negera, Khalid Abu Bakar menerusi twitternya.

“Polis ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 Bunuh.

“Polis akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera,” katanya.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan membunuh.

Thaqif yang terlantar di unit dependensi tinggi Hospital Sultan Ismail sejak Rabu lalu meninggal dunia jam 2.06 petang tadi.

Proses bedah siasat terhadap jenazah Thaqif sudah dimulakan 6.00 petang tadi dan dijangka mengambil masa antara 2 hingga 5 jam.

Jenazah kanak-kanak itu dijangka tiba di perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi 10.00 malam ini untuk dikebumikan.

The post Polis klasifikasi semula kes pelajar tahfiz sebagai bunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian