Rafizi bersumpah Nasharudin terima wang 1MDB

KUALA LUMPUR, 16 Rejab 1438H, Khamis – Rafizi Ramli hari ini mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa yang menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Naib Presiden PKR itu berkata, seorang bekas pegawai paling kanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB telah memberitahunya.

Katanya, maklumat itu diberitahu secara lisan, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah kepada peguam tertentu.

Tambah Rafizi, SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam tersebut.

Katanya lagi, salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.

“Jadi, PAS perlu kembali semak, pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Jelas Rafizi, apa yang didedahkannya lebih kepada salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

Yang jelas katanya, ia menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut,” katanya.

The post Rafizi bersumpah Nasharudin terima wang 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?