Rafizi perlu bertaubat, tuduh PAS terima wang 1MDB: Hadi Awang

BANGI, 14 Rejab 1438H, Selasa – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu mohon keampunan daripada Allah kerana menuduh PAS menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, sebagai seorang Islam Rafizi seharusnya sedar bahawa tuduhan beliau terhadap parti itu adalah pembohongan.

Beliau bagaimanapun memaafkan tindakan Ahli Parlimen Pandan itu, namun menasihatkan Rafizi supaya bertaubat dan mohon keampunan Allah.

“Sebagai seorang Islam, dia pasti mengetahui apa itu dosa dan pahala. Bertaubatlah,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa bahawa individu yang menerima dana daripada 1MDB adalah bekas pemimpin kanan PAS, meskipun sehingga kini masih belum mendedahkan identiti berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong beliau ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa RUU 355 itu hanya bertujuan untuk orang Islam dan tidak menganggu-Agugat penganut agama lain.

Katanya, beliau sedia mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC yang mungkin salah faham terhadap usul itu.

The post Rafizi perlu bertaubat, tuduh PAS terima wang 1MDB: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian