Rafizi sedia disaman, desak Nasharudin isytihar harta
BANGI, 18 Rejab 1438H, Sabtu – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sedia berdepan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa keatasnya berhubung tuduhan menerima sumbangan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun pada masa sama, Naib Presiden PKR itu menggesa Nasharudin mengisytiharkan harta yang dimiliki beliau kepada umum bagi membuktikan dakwaan terbabit.
“Jika dia (Nasharudin) mahu menyaman saya, saya akan tunggu dia di mahkamah. Saya mempunyai beratus-ratus soalan yang perlu ditanyakan kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malah katanya, Nasharudin juga perlu membuat akuan sumpah untuk mengisytiharkan semua aset, pendapat, sumbangan peribadi, organisasi dan projek-projek lain yang berkaitan.
“Beliau juga perlu memperincikan bagaimana aset, pendapatan dan caruman dibelanjakan,” katanya.
Rafizi sebelum ini, membuat tuduhan ke atas bekas Timbalan Presiden PAS yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr Nasharudin Mat Isa kononnya menerima duit daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi dipercayai membuat tuduhan secara terbuka itu bagi mengalih perhatian orang ramai daripada kisah penentangan PKR terhadap usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia.
The post Rafizi sedia disaman, desak Nasharudin isytihar harta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan