Raja Bomoh dibebas dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1438H, Ahad – Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas diambil keterangan kerana tindakannya sering melakukan upacara pelik sebelum ini.

Pembebasan Ibrahim itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Beliau berkata, Raja Bomoh itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kami mengambil keterangan daripada suspek dan dia turut memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

“Oleh itu, dia sudah dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Ibrahim sebelum ini ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat dan dibawa ke Bukit Aman di sini untuk disoal siasat.

Beliau sebelum ini sering bertindak melakukan upacara pelik dan ritual termasuk insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan di kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur, 13 Mac lalu.

The post Raja Bomoh dibebas dengan jaminan polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian