Semua masyarakat perlu amal sifat peka terhadap golongan muda: Raja Zarith Sofia


JOHOR BAHRU, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan sikap peka terhadap persekitaran mereka terutama apabila membabitkan golongan muda.

Baginda bertitah, sikap itu perlu ditanam dalam diri setiap individu kerana generasi muda merupakan pewaris bangsa dan negara.

“Saya dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berasa dukacita dengan kisah lapan remaja lelaki berbasikal maut akibat dirempuh kereta berhampiran Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

“Saya menyeru agar semua pihak ambil berat akan perilaku anak-anak muda zaman ini tidak kira bangsa dan agama kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama,” titah baginda dalam upacara pembukaan Istiadat Konvokesyen UTM Ke-58 di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai dekat sini semalam.

Permaisuri Johor yang merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menasihati golongan muda supaya mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah dan menjauhi perbuatan yang boleh memudaratkan diri serta orang lain.

“Ahli keluarga juga perlu meluangkan lebih banyak masa bersama-sama walaupun sibuk dengan pekerjaan,” titah baginda.

The post Semua masyarakat perlu amal sifat peka terhadap golongan muda: Raja Zarith Sofia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?