Skandal rasuah di Indonesia: Penyiasat kanan disimbah asid

JAKARTA 15 Rejab 1438H, Rabu – Seorang penyiasat kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) cedera akibat disimbah asid ketika dalam perjalanan pulang dari masjid selepas mengerjakan solat Subuh.

Ketua Polis Jakarta, Mochammad Iriawan berkata, pihaknya akan menyisat kes berkenaan.

“Mangsa, Novel Baswedan dirawat di hospital akibat cedera di mata dan muka. Kami menyiasat sama ada serangan ini berkaitan dengan tugasnya,” katanya.

KPK dalam satu kenyataan berkata, serangan terhadap mangsa, Novel tidak akan menggugat semangat agensi itu dalam memerangi dadah.

Novel dilaporkan sedang menyiasat penyelewengan dana AS$170 juta (RM754 juta) untuk pembelian kad pengenalan elektronik, e-KTP, ia adalah kes terbesar dikendalikan agensi berkenaan.

Dua tertuduh yang dibicarakan atas tuduhan rasuah itu memberitahu mahkamah sekurang-kurangnya 37 ahli politik mendapat manfaat daripada dana berkenaan termasuk Speaker parlimen, Novanto.

Susulan itu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu polis segera menyiasat serangan berkenaan dan menggesa pegawai KPK berwaspada.

“Ini adalah satu serangan kejam. Semua penyiasat perlu berjaga-jaga dan bekerja keras,” tegasnya.-Agensi

The post Skandal rasuah di Indonesia: Penyiasat kanan disimbah asid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?