Skandal tanah: Datuk Seri, anak dibebas dengan jaminan SPRM


GEORGE TOWN, 20 Rejab 1438H, Isnin – Seorang penasihat sebuah syarikat pemaju hartanah bergelar Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk, yang disiasat bagi kes skandal tanah di negeri ini, dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Pendaftar Kanan Tertinggi Mahkamah Sesyen dan Majistret George Town Ahmad Tajudin Zain membenarkan penasihat berusia 74 tahun itu dan anaknya, 47, yang juga pengarah syarikat, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, prosiding hari ini dijalankan di sebuah hospital swasta kerana penasihat berkenaan dimasukkan ke hospital itu akibat mengalami tekanan darah tinggi pada Jumaat lepas.

Terdahulu, anak lelaki penasihat itu dibawa dari bangunan SPRM ke hospital berkenaan kira-kira 10.50 pagi tadi dan keluar dari bangunan hospital itu sejam kemudian.

Ahmad Tajudin tiba di hospital itu pada 11.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan SPRM sebelum ini, dua beranak itu ditahan bagi membantu siasatan skandal tanah yang melibatkan sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera di Pulau Pinang.

Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga asal.
Selain itu, perbuatan kedua-dua beranak itu juga dipercayai telah mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri itu sejak beberapa tahun lepas. – Bernama

The post Skandal tanah: Datuk Seri, anak dibebas dengan jaminan SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian