SPRM cari ‘Ah Chong’ bantu siasat rasuah bola sepak India

KUALA LUMPUR, 15 Rejab 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencari seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan bola sepak Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Dalam satu kenyataan, semalam SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Khairul Anuar Baharum atau dikenali sebagai Ah Chong untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533.

Sebelum ini, SPRM menahan tiga pemain Mifa kerana disyaki mengambil rasuah daripada ‘bookie’ sehingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana Malaysia.

Sumber berkata, dua suspek merupakan pemain tempatan berusia 26 dan 27 tahun, manakala seorang lagi pemain import berusia 29 tahun.

Berdasarkan siasatan awal, suspek menerima rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada ‘bookie’ untuk menentukan keputusan perlawanan dalam Liga Perdana.

Bagaimanapun, mereka dipercayai sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah bola sepak itu dan disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

The post SPRM cari ‘Ah Chong’ bantu siasat rasuah bola sepak India appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?