SPRM tahan bekas Timbalan Presiden Yapeim
Suspek berusia 69 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi kenyataan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira pukul 1 petang tadi.
Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes tersebut disiasat mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Hasil siasatan mendapati suspek telah bersubahat dengan Pengarah Kanan Yapeim yang ditahan semalam, kerana menyeleweng wang dana agensi itu berjumlah RM223,000, kononnya diperuntukkan untuk sebuah program sumbangan kepada golongan miskin di daerah Rompin pada 2015.
Bagaimanapun, menerusi maklumat yang diterima, tiada seorang pun yang menerima wang sumbangan daripada program tersebut.
Sepatutnya, wang berkenaan diperuntukkan untuk sumbangan kepada 23 buah rumah serta bantuan wang tunai kepada 1,000 golongan fakir dan miskin.
Kedua-dua suspek dipercayai telah mengemukakan nama-nama penerima sumbangan dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang tidak wujud serta penama yang telah meninggal dunia sebelum program tersebut dijalankan.
The post SPRM tahan bekas Timbalan Presiden Yapeim appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan