SPRM tahan Datuk Seri, anak kes skandal tanah di Pulau Pinang

PUTRAJAYA, 14 Rejab 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang individu bergelar Datuk Seri dan anaknya yang berstatus Datuk berhubung siasatan skandal tanah membabitkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dari syarikat pemaju hartanah terkemuka di negeri itu yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditahan kira-kira pukul 7 malam tadi.

“Datuk Seri berusia 74 tahun itu yang juga penasihat syarikat pemaju tersebut ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, manakala anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat berusia 47 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal,” katanya.

Jelas sumber lagi, kedua-dua suspek dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan serta harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.

“Perbuatan itu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan itu sejak beberapa tahun yang lalu. Kedua-dua tangkapan dibuat pada jam 7 malam ketika hadir untuk memberi keterangan membantu siasatan kes itu, ” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki dilaporkan mengesah tangkapan itu dan berkata kedua-duanya dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok untuk direman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

The post SPRM tahan Datuk Seri, anak kes skandal tanah di Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian