Tak bendung maklumat palsu, admin WhatsApp bakal terima natijah

KUALA LUMPUR, 30 Rejab 1438H, Khamis – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari menegaskan, pentadbir kumpulan WhatsApp bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Jailani menjelaskan, tindakan undang-undang sedia ada mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir terbabit.

Katanya, di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

“Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes.

“Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja dia akan dikenakan tindakan.

Justeru, Jailani mengingatkan pentadbir kumpulan Whatsapp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat palsu.

Pentadbir juga, menurutnya, perlu memainkan peranan menjadi ‘gate keeper’ menapis berita tidak sahih sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di medium media sosial lain.

The post Tak bendung maklumat palsu, admin WhatsApp bakal terima natijah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian