Tanggung sendiri kesalahan bawa dadah ke Indonesia: KPN

 

KUALA LUMPUR, 15 Rejab 1438H, Rabu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua rakyat Malaysia yang ditahan perlu menanggung sendiri kesalahan mereka selepas didapati membawa dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 30 Mac lalu.

Katanya, pihak polis akan membuat siasatan, sekiranya didapati bersalah mereka akan dihukum mengikut undang-undang di sana.

“Mereka harus menanggung sendiri kesalahan jenayah yang dilakukan selepas didapati polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.

“Siasatan sedang dijalankan terhadap mereka, jika didapati bersalah keduanya akan hukum mengikut undang-undang Indonesia,” katanya dalam sidang media, pagi tadi.

Minggu lalu, Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak 30 Mac lalu.

Mereka dilaporkan mengunjungi Indonesia untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan.

The post Tanggung sendiri kesalahan bawa dadah ke Indonesia: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?