Tindakan tegas terhadap individu amal aktiviti khurafat

JASIN 29 Rejab 1438H, Rabu – Kerajaan negeri Melaka akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti khurafat.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berunsur khurafat dan bentuk pemujaan yang berleluasa di Pulau Besar.

“Tindakan undang-undang mengikut Seksyen 36 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002 akan dikenakan ke atas individu yang melakukan kegiatan khurafat, selain cuba membina sebarang struktur bagi niat memuja di pulau ini.

“Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis sudah membentuk satu unit khas bagi menjaga dan membendung kegiatan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Berita Harian mendedahkan mengenai amalan khurafat yang didakwa terus berlaku dan berleluasa di pulau itu.

Susulan itu Idris berkata, kerajaan negeri akan mengembalikan semula imej Pulau Besar.

Katanya, pihaknya mencadangkan untuk menaik taraf Masjid Pulau Besar sedia ada bagi menampung sejumlah 600 hingga 700 jemaah yang dianggarkan berjumlah RM10 juta.

“Masjid baharu yang dijangka siap menjelang tahun 2019 ini bakal dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV), selain kemudahan hospitaliti untuk pengunjung mendalami bidang keagamaan dan al-Quran,” katanya.

The post Tindakan tegas terhadap individu amal aktiviti khurafat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian