Tun Arifin antara lima dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

PUTRAJAYA, 22 Rejab 1438H, Rabu – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria adalah antara lima orang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Empat yang lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azahar Mohamed, mantan hakim mahkamah rayuan Datuk Anantham Kasinather, mantan Peguam Besar Negeri Sarawak, Datu Abdul Razak Tready dan pensyarah fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Choong Yeow Choy.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dalam satu kenyataan media berkata selaras perenggan 5 (1) (e) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik mereka sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Kata beliau, pelantikan mereka adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 17 April tahun ini sehingga 16 April 2019.

Raus, merangkap pengerusi Suruhanjaya berkenaan, juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan anggota Suruhanjaya itu iaitu Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Sulong Matjeraie, Datuk T. Selventhiranathan dan Datuk Tee Ah Sing@Tee Boon Hooi atas sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi kepada Suruhanjaya itu.- Bernama

The post Tun Arifin antara lima dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?