Tun M terima keputusan PAS tak mahu kerjasama


KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menerima keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan kerjasama pilihan raya, secara terbuka.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar semalam berkata, partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti seperti PPBM yang tiada “imam” dan tiada ketentuan arah.

“Kalau mereka tutup pintu, kita tak boleh masuk. Mereka dialu-alukan. Mereka tidak mahu bercakap dengan kita, ‘okay’ lah,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas acara Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak malam tadi.

Terdahulu, Dr Mahathir memberikan tempoh kepada PAS untuk memberikan jawapan.

Bagaimanapun, Hadi memberi respon partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN.

Mesyuarat agung tahunan PAS yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR.

PAS dan DAP memutuskan hubungan antara lain mengenai pelaksanaan undang-undang Islam.

PAS enggan mengadakan kerjasama pilihan raya dengan Pakatan Harapan, dan berkata ia akan menyertai pilihan raya akan datang sebagai “blok ketiga”.

The post Tun M terima keputusan PAS tak mahu kerjasama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?