Turki tahan militan IS rancang serangan menjelang referendum

ISTANBUL, 18 Rejab 1438H, Sabtu – Polis Istanbul berjaya menahan tujuh suspek, dua daripada mereka dipercayai anggota militan ISIS, yang merancang melancarkan serangan di Turki menjelang referendum pada Ahad ini.

Polis dalam satu kenyataan berkata, suspek yang terdiri daripada empat warga Turki, dua warga Syria dan seorang Tajik itu cuba mencetuskan huru-hara di negara tersebut.

Katanya, dua daripada warga Turki yang ditahan disahkan telah menyertai kumpulan militan pengganas IS, yang kini memegang wilayah Syria dan Iraq.

Polis berkata, pihaknya juga merampas kad pengenalan, telefon bimbit dan pasport dalam serbuan di empat daerah di Istanbul, minggu lalu.

Militan IS adalah kumpulan yang bertanggungjawab dalam serangan sebelum ini, menyasarkan kawasan tumpuan awam di Turki termasuk inisden pada sambutan Tahun Baru di kelab malam Reina, sehingga mengorbankan 39 nyawa.- Agensi

The post Turki tahan militan IS rancang serangan menjelang referendum appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian