Uber mahu bawa penumpang naik ‘kereta terbang’

CALIFORNIA, 30 Rejab 1438H, Khamis – Syarikat perkhidmatan perkongsian pengangkutan, Uber dilaporkan mahu melancarkan sistem ‘kereta terbang’ bagi memudahkan orang ramai bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Portal BBC melaporkan, projek itu akan dilaksanakan menjelang tahun 2020 dengan mengkhusus¬ perkhidmatannya di kawasan bandar.

Ianya dijalankan hasil kerjasama dengan beberapa syarikat yang terlibat dalam penghasilan pesawat termasuk Embraer dan Bell Helicopter.

Selain itu, dua buah bandar akan bekerjasama bagi menjayakan perkhidmatan itu pada peringkat permulaan iaitu Dallas di Amerika Syarikat (AS) dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Objektif kerjasama ini ialah bagi membangunkan kenderaan masa depan yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL).

“Pelanggan hanya perlu menekan butang dan akan merasai penerbangan berkelajuan tinggi ketika dibawa mengelilingi bandar,” kata Uber dalam satu kenyataan di sini.

Uber berkata, meskipun perkhidmatan terbaharu itu lebih canggih, namun kos untuk menggunakannya tidak jauh berbeza berbanding menaiki kereta biasa.

‘Kereta terbang’ itu dilaporkan akan membuat penampilan ‘sulung’ ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi Uber Elevate Network pada Ekspo Sedunia 2020 di Dubai. – Agensi

The post Uber mahu bawa penumpang naik ‘kereta terbang’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian