UEC: Malapetaka sebuah aspirasi


REKOD
sejarah hitam 13 Mei 1969 tidak berfungsi hanya untuk simpanan arkib, bahkan ia harus dijadikan iktibar dan peringatan oleh seluruh rakyat agar sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan bagi mengelak mengulangi kesilapan sama.

Dasar pecah dan perintah kolonial British adalah manipulasi ke atas rakyat dalam mengukuh kepentingan mereka mengaut sumber kekayaan Malaya melalui pemisahan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dalam struktur majmuk masyarakat.

Akibatnya, keharmonian kaum amat sukar dipupuk, malah menyemai prasangka di antara masyarakat akibat jurang pencapaian ekonomi dan sosial terlalu melebar. Warisan sosial British ini terus berlangsung selepas merdeka tanpa tindakan pembetulan oleh kerajaan baru yang terlepas pandang akibat kurang pengalaman.

Rentetan itu, implikasi berdarah yang menjurus insiden pertempuran kaum paling dahsyat telah melanda negara sekaligus mencatat titik hitam sepanjang perjalanannya mengisi makna kemerdekaan.

Amat mengejutkan, dalam menghampiri usia kemerdekaan Malaysia yang ke-60 tahun, masih wujud lagi golongan cauvinis yang enggan mempelajari sejarah, malah cuba menghidupkan agenda jahat peninggalan penjajah feudal melalui tuntutan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC).

UEC adalah sistem peperiksaan sekolah persendirian Cina yang sengaja memilih untuk terpisah daripada arus perdana sistem pendidikan negara dengan beroperasi secara swasta yang bermotifkan keuntungan.

Tuntutan mendesak pengiktirafan UEC yang dipromosi Pertubuhan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ini adalah bagi membuka ruang pelajarnya di 60 buah sekolah persendirian Cina menikmati kelayakan mendaftar sebagai pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 

Terkenal sebagai golongan pendesak ekstrem yang mendakwa mewakili etnik kedua terbesar negara, Dong Zong sering meminta perkara-perkara yang tidak rasional daripada kerajaan tanpa mengambil kira sensitiviti rakan etnik lain seolah-olah mereka adalah golongan paling ketinggalan dalam segala bidang.

Tidak cukup penguasaan terhadap seluruh ekosistem ekonomi dan perniagaan negara tanpa memberi ruang langsung kepada pesaingnya, pelbagai lagi tuntutan bersifat kiasu muncul sehingga adakalanya kerajaan terpaksa akur atas pertimbangan politik.

Perkara ini dilihat amat berbahaya kepada stabiliti dan keharmonian negara apabila desakan yang berlanjutan sejak tiga dekad lalu kembali dibangkitkan baru-baru ini.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan kesediaan mengiktiraf sijil UEC setiap kali ia dibangkitkan, namun kedegilan Dong Zong enggan mengubah elemen penting silibusnya agar selari dengan aspirasi pendidikan nasional memaksa kerajaan bertegas tidak memberi kelulusan.

Sidang meja bulat di kalangan tokoh akademik tempatan baru-baru ini membincangkan kandungan UEC dan implikasinya terhadap sistem pendidikan negara. Mereka merumuskan tiada kewajaran bagi kerajaan memberi pertimbangan terhadap tuntutan itu, malah ada kalangan panel persidangan yang mengancam akan mendapatkan injunksi mahkamah sekiranya kerajaan tunduk terhadap tuntutan itu.

Kenyataan bersama tokoh-tokoh akademik itu sebulat suara membantah desakan Dong Zong yang terus berdegil enggan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam silibusnya. Asasnya mudah, bahasa menjadi alat penyatuan dan perpaduan kaum untuk berinteraksi seperti digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Jika diperhalusi lebih mendalam, cubaan Dong Zong ini adalah satu usaha mencuri peluang bangsanya sendiri dari kalangan pelajar Cina yang setia kepada pendidikan aliran nasional daripada mendapat tempat di universiti awam yang berasaskan kuota etnik.

Perkara ini ditegaskan oleh Felo Utama Institut Etnik (KITA) UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong sekaligus beliau menyeru masyarakat Cina menolak UEC dan menerima sistem pendidikan kerajaan bagi mengelak kerugian manfaat yang ditawarkan kerajaan.

Tambahan pula, kurikulum UEC melencong daripada rujukan kurikulum kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 malah tersasar jauh daripada Falsafah Pendidikan Nasional.

Penggubal silibus UEC juga kelihatan angkuh dengan merancang silibusnya tanpa melibatkan anggota profesional kementerian pelajaran yang mahir dalam bidang mereka membina agenda pendidikan nasional, sedangkan UEC hanya memenuhi selera dan agenda Dong Zong merekrut pelajarnya menjadi satu komuniti asing untuk gagal berasimilasi dengan masyarakat sekelilingnya.  

Pendirian Dong Zong diyakini tidak mewakili seluruh komuniti Tionghua di negara ini, namun gambaran sikap ekstremnya mampu mencetuskan trend hashtag media sosial “#ApalagiCinaMau” jika dilontar ke laman sosial.

Ia mampu menggugat keharmonian ekoran kedegilan mereka untuk tidak bergabung dalam dasar pendidikan negara yang telah dirancang holistik untuk masyarakat saling berinteraksi, mengenal dan memahami latar belakang antara kaum yang mampu membentuk muhibbah rakyat.

Namun penulis mengelak bersikap prejudis dan sentiasa beranggapan bahawa majoriti masyarakat Cina adalah pecinta keamanan yang mengimpikan keadilan sosial serta berkongsi aspirasi kemakmuran bersama dan mereka sentiasa menjarakkan diri daripada prinsip ekstrem yang diperjuangkan Dong Zong.

Sikap optimis ini terbit sebaik terbaca laporan Sinar Harian 29 April 2016 mengenai Cikgu Chong Choon Hau, anak muda kelahiran Kuantan yang kini mengajar di SJKC Yeow Cheng Luan di Mentakab. Beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial atas prinsip cintanya terhadap perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ia tidak pernah pudar walaupun usaha murninya itu mengundang kritikan pedas rakan sebangsa sehingga dianggap menderhakai kaumnya sendiri akibat sering membantu masyarakat Melayu setempat.

Optimisme ini semakin subur apabila teringat kisah saudara Kuan Chee Heng, seorang lelaki Cina yang menitiskan air mata apabila terserempak sebuah keluarga Melayu terdiri daripada ibu dan lapan anaknya yang belum menjamah makanan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan kerana tidak memiliki apa-apa untuk dimakan.

Terharu melihat kedaifan hidup mereka mendiami rumah tanpa bekalan elektrik dan air yang dipotong akibat lama tertunggak, Chee Heng membawa mereka makan bersamanya di sebuah restoran. Fotonya melayani anak-anak malang itu makan menggambarkan keluhuran budi Chee Heng dan mendapat pujian netizen apabila viral di media sosial tidak lama dulu.

Dua kisah ini mungkin mampu memberi gambaran optimis masa depan cerah keharmonian dan perpaduan yang akan terus subur di tanah air tercinta ini. Walaupun hanya dua orang daripada 23.4 peratus etnik Cina, dua lelaki mulia ini diharap dapat mengubah persepsi skeptikal segolongan bangsanya dalam pembinaan gagasan bangsa Malaysia.

Namun, persoalan besar terus berlegar di benak fikiran paling dalam.

Mungkinkah mereka berdua adalah produk kejayaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dibentuk secara holistik selepas insiden 13 Mei 1969 bagi menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia?

Sedangkan amat mustahil bagi UEC yang berkeras tidak meminjam Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya, memperjuangkan agenda perkauman sempit dan lebih terarah melahirkan pelajar yang bakal membentuk satu komuniti kiasu dan cauvinis tanpa kesedaran wujudnya bangsa lain yang hidup di sekeliling mereka.

People fail to get along because they fear each other; They fear each other because they don’t know each other; They don’t know each other because they have not communicated with each other.” – Martin Luther King, Jr.

Artikel ini ditulis oleh FMZ, Klang
Pembaca Ismaweb

The post UEC: Malapetaka sebuah aspirasi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian