UMNO Kelantan serah SPRM siasatan ketua bahagian wanita

KOTA BHARU, 3 Syaaban 1438H, Ahad – UMNO Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat seorang ketua wanita  bahagian  parti itu di negeri ini, berhubung dakwaan kes penyelewengan.

Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata UMNO Kelantan yakin siasatan  terhadap ketua wanita  berusia 69 tahun itu tidak akan menjejaskan parti.

“Dalam kes ini individu terbabit masih lagi menjawat jawatan ketua wanita Umno bahagian dan kita akan melihat hasil siasatan sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Umno ke-71 di sini, semalam.

Khamis lepas, SPRM mengambil keterangan bekas Timbalan Presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang juga Ketua Wanita Umno  bahagian di negeri ini, berhubung dakwaan kes penyelewengan dana pada PRK Parlimen Rompin pada 2015. – Bernama

The post UMNO Kelantan serah SPRM siasatan ketua bahagian wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?