1,276 pelajar sekolah menengah, rendah di Terengganu dikesan hisap rokok

KUALA TERENGGANU, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Seramai 1,276 pelajar peringkat menengah dan rendah di negeri ini dikesan terjebak dengan gejala merokok.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar memberitahu, penemuan itu diperoleh hasil saringan dalam Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dirintis Jabatan Kesihatan Negeri di sekolah rendah dan menengah di Terengganu tahun lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 150 orang merupakan murid sekolah rendah termasuk tiga daripadanya adalah murid tahun satu dan dua.

“Pihak jabatan melakukan saringan meliputi 106,162 murid sekolah rendah dan pelajar menengah. Sejumlah 1,276 dikenal pasti sebagai perokok.

“Bagaimanapun, seramai 274 daripada mereka telah menghentikan tabiat buruk itu selepas diberi intervensi melalui kaunseling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia peringkat negeri di pasar raya besar Giant Gong Badak di sini hari ini.

Beliau mengingatkan, tabiat merokok turut menyumbang kepada masalah pergigian kerana mereka berisiko mendapat penyakit gusi, kanser mulut dan lidah di samping paru-paru, serangan jantung dan angin ahmar.

“Oleh itu, saya mengajak semua pihak agar bersama-sama menasihati serta menunjukkan contoh yang baik keoada generasi muda ini agar tabiat merokok dapat dibendung dari peringkat awal usia,” katanya.

The post 1,276 pelajar sekolah menengah, rendah di Terengganu dikesan hisap rokok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian