174,720 tiket KTMB dijual sempena Hari Raya

KUALA LUMPUR, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjual 174,720 tiket kepada pengguna perkhidmatan itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengurus Kanan Pembangunan dan Operasi KTMB, Saimi Abdullah berkata, pihaknya akan memulakan penjualan tiket berkenaan kepada umum bermula Isnin ini jam 10 pagi.

Beliau berkata, ia penjualan itu melibatkan 87,360 tiket sebelum Hari Raya bagi perjalanan antara 18 hingga 24 Jun, manakala 87,360 tiket lagi adalah untuk tempoh 27 Jun dan 3 Julai (selepas Aidilfitri).

“Kita akan menambah bilangan pengeluaran tiket serta koc jika permintaan tinggi daripada orang ramai,” katanya.

Katanya, sebanyak 30,240 tiket juga disediakan untuk perkhidmatan keretapi Intercity melibatkan Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan dari 18 Jun hingga 3 Julai.

The post 174,720 tiket KTMB dijual sempena Hari Raya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian