1MDB terima wang tapi pembayar cukai kena bayar RM741 juta

BANGI, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Kementerian Kewangan digesa memberi penjelasan kenapa wang pembayar cukai berjumlah RM741 juta diguna untuk membayar balik deposit kepada IWH CREC Sdn Bhd bagi pembelian 60 peratus saham Bandar Malaysia Sdn Bhd.

IWH CREC Sdn Bhd adalah syarikat yang dibentuk oleh firma tempatan, Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), milik taikun tempatan, Lim Kang Hoo dan syarikat milik negara China, China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC).

Baru-baru ini, IWH CREC Sdn Bhd, gagal membayar RM7.41 bilion bagi membeli 60 peratus saham Bandar Malaysia, mengikut tempoh yang ditetapkan. Perjanjian itu dibuat dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang turut memiliki TRX City Sdn Bhd, syarikat yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Menurut laporan, arahan pembatalan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak selain halangan daripada kerajaan China, yang melihat projek itu mempunyai risiko.

Berikutan itu, Kementerian Kewangan dilaporkan membayar balik deposit pembelian saham berjumlah RM741 juta kepada IWH CREC Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mempersoalkan kenapa kerajaan menggunakan wang pembayar cukai utuk membayar balik deposit itu.

Katanya, perjanjian pengambilalihan saham itu ditandatangani pada Disember 2015 tatkala Bandar Malaysia masih di bawah 1MDB.

“Persoalan sekarang kenapa Kementerian Kewangan membayar balik deposit menggunakan wang pembayar cukai, sedangkan 1MDB adalah pihak yang menerima RM741 juta,” katanya.

The post 1MDB terima wang tapi pembayar cukai kena bayar RM741 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian