300,000 kanak-kanak pelarian lintasi sempadan bersendirian

NEW YORK, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Bilangan pelarian kanak-kanak yang melintasi sempadan antarabangsa tanpa pengawasan orang dewasa meningkat lima kali ganda sejak 2010, lapor Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF).

Dalam laporan yang dikeluarkan Rabu lalu, kira-kira 100,000 telah ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan dari Mexico ke Amerika Syarikat.

UNICEF berkata, 200,000 kanak-kanak melalui perjalanan berbahaya bagi memohon suaka di 80 buah negara, termasuk 170,000 mereka memohon suaka di Eropah.

Laluan antara Afrika Utara dan Itali merekodkan kadar kematian tertinggi di dunia dengan 4,579 termasuk 700 budak maut pada 2016.

“Jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Justin Forsyth.

Katanya, golongan tersebut berpotensi jadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab seperti sindiket pemerdagangan manusia. – Agensi

The post 300,000 kanak-kanak pelarian lintasi sempadan bersendirian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian