32 orang maut, Daesh serang kem pelarian Syria, Iraq

BAGHDAD, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh militan Daesh ke atas sebuah kem pelarian Iraq dan Syria bersempadan dengan negara jiran Iraq, lapor kumpulan pemerhati.

Menurut Balai Cerap bagi Hak Asasi Manusia melaporkan, kira-kira lima penyerang Daesh bertindak meletupkan diri di luar dan di dalam kawasan kem Rajm al-Salibeh di wilayah timur Syria, semalam.

Ketua kumpulan pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata, pertempuran sengit kemudiannya tercetus antara militan Daesh dan anggota Demokratik Syria (SDF), sebuah gabungan yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Abdel Rahman berkata, sekurang-kurangnya 30 orang yang lain turut cedera semasa serangan berbalas tembakan berlaku, dan tidak menolak kemungkinan jumlah kematian juga akan meningkat berdasarkan bilangan mangsa yang cedera parah.

Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata, sekurang-kurangnya 21 orang maut adalah penduduk Syria yang dipindahkan dan pelarian daripada Iraq.- Agensi

The post 32 orang maut, Daesh serang kem pelarian Syria, Iraq appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?