AFC tunda aksi Malaysia-Korea Utara pada 5 Oktober

KUALA LUMPUR, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memutuskan bahawa disebabkan ketegangan geo politik di Semenanjung Korea, perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala, Asia AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia, yang dijadualkan di Pyongyang pada 8 Jun, harus ditunda.

AFC dalam satu kenyataan hari ini berkata, perlawanan itu sekarang dijadualkan semula pada 5 Oktober.

“Walaupun AFC telah mencadangkan pada 8 Mei, 2017 bahawa perlawanan itu – yang telahpun ditunda dari 28 Mac, 2017 – diadakan di ibu negara Korea Utara itu, perkembangan terkini memaksa AFC untuk menimbang semula keputusan itu atas alasan keselamatan dan sekuriti,” kata kenyataan itu.

AFC akan memantau dengan rapi situasi keselamatan dan sekuriti pada bulan-bulan akan datang.

AFC juga aan memantau perlawanan Piala AFC antara Kigwancha SC (DPR Korea) menentang Erchim FC (Mongolia) yang akan berlangsung pada 31 Mei serta Pusingan Kelayakan Bawah 23 Tahun AFC – Kumpulan G yang akan dihoskan di Pyongyang dari 19 hinggga 23 Julai.

Selepas perlawanan tersebut, AFC akan membuat keputusan mengenai venue bagi Pusingan Kelayakan Piala Asia AFC pada 5 Oktober.- Bernama

The post AFC tunda aksi Malaysia-Korea Utara pada 5 Oktober appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian