Afghanistan: Konvoi tentera diserang, 6 orang maut

KABUL, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera selepas seorang pengebom bunuh diri menyerang konvoi tentera asing di sebuah kawasan diplomatik di tengah Kabul pada Rabu, menurut sumber Afghanistan lapor agensi berita China, Xinhua.

“Konvoi tentera Amerika Syarikat yang dalam perjalanan ke Shashdarak menjadi sasaran penyerang.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.00 pagi waktu tempatan dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan kemudian selepas saisatan selesai,” kata seorang sumber yang enggan dikenali.

Kawasan kejadian telah dikepung tentera kerajaan dan orang ramai tidak dibenarkan berkumpul di lokasi kejadian bimbang berlakunya letupan kedua.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Pada 12 April, seorang pengebom bunuh diri mensasarkan kenderaan anggota keselamatan Istana Presiden di daerah Muradkhani, mengakibatkan lima terbunuh dan mencederakan tiga yang lain.- Bernama

 

The post Afghanistan: Konvoi tentera diserang, 6 orang maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian