Ahli Isma raih Anugerah Graduasi Terbaik Teknologi Kejuruteraan Kimpalan ADTEC Bintulu


BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu
– Ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Bintulu, Muhammad Abu Lais Mazlan telah berjaya meraih Anugerah Graduasi Terbaik Teknologi Kejuruteraan Kimpalan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kampus Bintulu.

Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah ADTEC Bintulu, Puan Hamizatul Azura Hamzah di Majlis Pra Graduasi ADTEC pada 6 Mei lepas.

Ketua Biro Pengkaderan Isma Bintulu, Mohd Hazwan Mansor ketika dihubungi Ismaweb berkata, Muhammad Abu Lais adalah antara ahli Isma yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan sering menyertai misi-misi kemanusiaan bersama Yayasan Ikhlas ke kawasan pedalaman Sarawak.

Katanya lagi, pencapaian ini wajar menjadi contoh kepada para pemuda aktivis Islam yang lain agar cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.

“Seluruh warga Isma Bintulu mengucapkan tahniah kepada Muhammad Abu Lais atas kejayaan ini dan kita mendoakan agar beliau terus cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya.

The post Ahli Isma raih Anugerah Graduasi Terbaik Teknologi Kejuruteraan Kimpalan ADTEC Bintulu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian