Ahli Pembina rangkul Anugerah Tun Abang Salahudin Unimas

BANGI, 17 Syaaban 1438H, Ahad – Ahli Biro Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Amalina Annuar, 22, berjaya merangkul Anugerah Tun Abang Salahudin di Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa (MEGAH), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) semalam.

Anugerah tersebut mengiktiraf pelajar Unimas terbaik yang memaparkan nilai dan jati diri muslim yang boleh dicontohi serta bergiat aktif dalam program bersifat Islami di peringkat kampus.

Amalina ketika dihubungi Ismaweb berkata, beliau berasa sangat terkejut dan tidak menyangka akan memperoleh anugerah itu.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan-Nya. Saya memang terkejut dengan anugerah ini. Terima kasih kepada pendorong terkuat saya iaitu dakwah dan tarbiyah, emak dan abah, juga para sahabat seperjuangan,” katanya.

Amalina yang merupakan Pelajar Tahun Akhir, Kajian Khidmat Sosial, Fakulti Sains Sosial menceritakan, antara kriteria yang ada pada dirinya sehingga melayakkannya merangkul anugerah itu adalah kerana beliau aktif bergiat dalam bidang dakwah dan aktivisme bersama Pembina Unimas dan Biro Kajian Pembina.

Amalina juga berjaya merangkul Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.74 hingga melayakkan anak sulung daripada 2 beradik ini merangkul anugerah dekan setiap semester.

Tidak kurang dengan itu, banyak penulisannya disiarkan di akhbar seperti Berita Harian dan Sinar Harian bagi mendidik masyarakat.

Beliau juga pernah mewakili Unimas dalam pertandingan Pitch For Progress anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

The post Ahli Pembina rangkul Anugerah Tun Abang Salahudin Unimas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian