Apabila ejen wanita FBI mengahwini militan Daesh…

NEW YORK, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Penterjemah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) yang ditugaskan untuk menyiasat kegiatan militan Daesh, tidak menyangka akan berlaku sebaliknya, apabila dia berkahwin dengan salah seorang anggota kumpulan itu.

Daniela Greene, 38 tahun, dilaporkan jatuh cinta dengan militan Daesh kelahiran Jerman dan kemudian meninggalkan suaminya di AS untuk bersama lelaki itu di Syria dan sebelum membohongi pihak berkuasa AS mengenai keberadaannya.

Menurut CNN, kejadian itu yang tidak pernah dilaporkan bagaimanapun terdedah hingga memalukan agensi keselamatan kebangsaan itu, yang berusaha membasmi rasa simpati kepada Daesh di seluruh Amerika.

Greene mengahwini Denis Cuspert, penyanyi rap Jerman yang kemudian menjadi militan Daesh dan mendapat perhatian serta buruan pihak berkuasa di dua benua.

CNN mendapati Cuspert menggunakan nama Deso Dogg ketika menyanyi rap. Di Syria, dia dikenali sebagai Abu Talha Al-Almani.

Greene ditugaskan menyiasat Cuspert pada Januari 2014. Dikatakan, menjelang Jun dia mula terpengaruh dengan Cuspert dan merancang bersamanya di Timur Tengah. Mereka dilaporkan mengikat tali perkahwinan di Syria pada bulan itu juga.

Selama beberapa minggu mengahwini Cuspert, Greene menyedari dia melakukan kesilapan besar. Dia menaiki pesawat pulang ke AS, di mana dia serta-merta ditangkap dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dia mengaku salah kerana memalsukan kenyataan membabitkan pengganas antarabangsa dan dikenakan hukuman penjara dua tahun di penjara persekutuan. Greene dibebaskan musim panas lalu.

“Tidak ada keraguan lagi mengenainya. Ianya sesuatu yang memalukan FBI,” kata bekas pegawai Jabatan Negeri, John Kirby, yang mengesyaki Greene memasuki Syria dengan mendapat kelulusan pemimpin tertinggi Daesh.

Hukuman dua tahun penjara terhadap Greene adalah ringan, berbanding pesalah lain yang dtuduh terbabit dengan pengganas.

Greene ketika ditanya bagaimanapun, enggan mengulas kerana bimbang keselamatan keluarganya.

Jabatan Pertahanan AS pada Oktober 2015 menyatakan Cuspert terbunuh dalam serangan udara di Raqqa, utara Syria, tetapi 3 Ogos tahun lalu, setelah membuat penilaian semula, mereka mengesahkan Denis Cuspert terselamat dalam serangan itu. – Agensi

The post Apabila ejen wanita FBI mengahwini militan Daesh… appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?