Arab Saudi musnah ratusan ribu botol air zam-zam palsu

MADINAH, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pihak berkuasa Arab Saudi memusnahkan ratusan ribu botol air zam-zam palsu yang didakwa dicampur dengan air minuman biasa.

Premis dan kedai yang terlibat dengan kegiatan itu pula disita dalam beberapa serbuan besar-besaran di seluruh negara itu baru-baru ini.

Kerajaan Arab Saudi menegaskan, pihaknya hanya membenarkan kedai-kedai berdaftar untuk menjual air zam-zam.

Ia bertujuan bagi mengekang pengedarannnya di pasaran gelap serta memastikan para jemaah dan penduduk menerima bekalan air zam-zam tulen.

Awal minggu ini, pihak berkuasa Madinah pula berjaya merampas lebih 3,000 botol air zam-zam palsu yang ditampal dengan pelekat Projek Air Zam-zam Raja Abdullah di tempat letak kereta di sebuah kawasan perumahan.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan dan Pelaburan turut mengumumkan penutupan sebuah kilang di Buraydah yang didapati mengisi semula botol air zam-zam dengan air biasa dan merampas lebih 6,500 botol air palsu itu dalam serbuan yang dilakukan baru-baru ini.

Kementerian itu juga menyita sebuah gudang haram di Mekah yang menyimpan air zamzam dan menjualnya ke kedai-kedai tidak berdaftar dan kira-kira 200,000 botol air turut dimusnahkan.

Masalah sama turut dilaporkan berlaku di bandar-bandar kecil apabila kementerian sama bertindak merampas lebih 1,600 botol air zam-zam palsu di bandar Hayil yang terletak di tenggara Arab Saudi. -Agensi

The post Arab Saudi musnah ratusan ribu botol air zam-zam palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian