AS mungkin larang komputer riba masuk pesawat

WASHINGTON, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Amerika Syarikat (AS) mungkin mengenakan larangan ke atas komputer riba daripada dibawa masuk ke dalam kabin pesawat bagi semua penerbangan.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly pada Ahad berkata, larangan itu merupakan usaha untuk melindungi sebarang ancaman keselamatan.

Dalam satu temuramah bersama Fox News Sunday, Kelly berkata, AS merancang untuk mempertingkatkan larangan terhadap keselamatan syarikat penerbangan, termasuk memperketatkan saringan bagi barangan yang dibawa masuk ke dalam kabin.

“Ia merupakan perkara yang kita berikan perhatian, pengganas, idea untuk memusnahkan pesawat dalam penerbangan, terutama jika ia adalah syarikat penerbangan AS, dan jika pesawat itu dipenuhi rakyat AS.

Pada Mac lalu, kerajaan AS telah mengenakan sekatan ke atas peranti elektronik yang besar daripada dibawa masuk ke dalam kabin pesawat bagi penerbangan dari 10 lapangan terbang, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Turki. -Agensi

The post AS mungkin larang komputer riba masuk pesawat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian