Bayi berkepala dua lahir di Syria
IDLIB, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Anugerah untuk si ibu apabila melahirkan seorang bayi yang memiliki dua kepala.
Kelahiran bayi istimewa ini dilaporkan berlaku di bandar Idlib, Syria pada minggu lalu.
Pusat Berita Syria menerusi platform media sosial mengesahkan kelahiran itu dengan memaklumkan, kejadian seperti itu jarang berlaku.
Bagaimanapun pihaknya merahsiakan identiti keluarga bayi berkenaan.
Menurut portal berita Al-Arabiya, bayi itu telah dipindahkan ke sebuah hospital di Turki sebaik sahaja dilahirkan bagi mendapatkan nasihat pakar dan rawatan lanjut.
Pakar perubatan yang menyambut kelahiran bayi itu amat terkejut ketika ia dilahirkan.
”Saya amat terkejut kerana bayi ini memiliki sepasang lagi mata, telinga, hidung dan mulut,” katanya kepada pihak media.
Kejadian yang sama pernah terjadi pada awal 2017 di mana seorang bayi perempuan telah lahir dengan dua kepala.
Bayi tersebut bagaimanapun kini menjalani kehidupan normal apabila kepalanya dibedah dan menjadi satu. – Agensi
The post Bayi berkepala dua lahir di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan