Belum menang PRU14, pakatan harapan dah tuduh PAS macam-macam: Idris


BANGI, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Tuduhan pakatan harapan terhadap PAS sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan sikap gabungan parti yang diketuai DAP itu tidak demokratik.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pakatan harapan sengaja membentuk persepsi buruk demi mencapai matlamat politik mereka untuk jatuhkan parti Islam itu.

Katanya, sikap mereka itu hanya memburukkan negara jika ditakdirkan mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana ia telah pun ditunjukkan sebelum mereka berkuasa.

“Paling kelakar menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU-14, semuanya berpunca daripada PAS kerana tidak mahu sertai pakatan harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini?

“Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baharu, kemudian sertai pakatan harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN.

“Hakikatnya mereka yang me­awan kerusi tradisi Pas yang melawan UMNO. Mereka yang menjadi talian hayat UMNO-BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan?” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, PAS hanya akan tunggu dan lihat tindak-tanduk parti-parti dalam pakatan harapan.

“Pesan saya kepada pengikut PAS, sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada UMNO selepas kalah PRU-14. Kita kenal siapa mereka.

“Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat,” katanya.

The post Belum menang PRU14, pakatan harapan dah tuduh PAS macam-macam: Idris appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian