BRIM peringkat kedua dibayar mulai 5 Jun

BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Kerajaan hari ini mengumumkan pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran peringkat kedua itu selaras dengan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun.

“Pembayaran ini akan melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama tempoh hari.

“Bagi permohonan rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun 2017. Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” kata kenyataan itu.

Katanya, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima atau menghantar surat kelulusan ke alamat penerima untuk ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my.

The post BRIM peringkat kedua dibayar mulai 5 Jun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian